CARA TUMBUHAN MELINDUNGI DIRI DARIPADA MUSUH.




     1.  Tumbuhan seperti juga hidupan yang lain , melindungi diri daripada musuh dan cuaca yang
          melampau.
     2.  Tumbuh-tumbuhan mempunyai ciri khas dalam melindungi diri daripada musuh sama ada
           dimakan atau dirosakkan oleh manusia dan juga haiwan.
     3.   Antara ciri-ciri khas tumbuhan dalam melindungi diri daripada musuh :

           a) Berduri tajam
                Pokok semalu akan menguncupkan daunnya apabila disentuh. Penguncupan daunnya akan
                mendedahkan duri tajam yang terdapat pada batangnya. Terdapat juga tumbuhan-
                tumbuhan lain  yang mempunyai duri tajam seperti kaktus, pokok ros dan buah durian.

           b)  Berbulu halus pada batang, daun dan buah yang menggatalkan apabila disentuh

               Pokok buluh, tebu , labu mempunyai bulu yang halus. Bulu yang halus ini akan
               menyebabkan haiwan yang bersentuhan dengannya kegatalan.

           c) beracun
           d)  berbau busuk
           e)  bergetah
           f)  buah kulit keras dan tebal