DAYA GESERAN









  • Daya geseran  ialah daya yang menentang arah gerakan sesuatu objek.
  • Daya geseran bertindak dalam arah berlawanan dengan arah gerakan objek

  • Daya geseran wujud apabila dua permukaan bersentuhan atau  bergeser.
  • Daya geseran boleh diperhatikan apabila : 
          a)  Objek yang bergerak di atas lantai akan berhenti tidak lama kemudian. Ini adalah kerana 
               daya geseran antara permukaan lantai dan objek  bertindak menentang gerakan objek 
               tersebut.
          b)   Objek yang dalam keadaan pegun akan terus pegun jika tiada sebarang daya tarikan atau 
                tolakan dikenakan ke atasnya. Daya geseran menghalang objek tersebut bergerak dan 
                menetapkan kedudukannya.
  • Faktor yang mempengaruhi daya geseran :
          a)  Keadaan fizikal permukaan
               Semakin bertambah kasar jenis permukaan, semakin bertambah besar daya geseran.
          b)   Berat sesuatu objek
                Semakin bertambah berat sesuatu objek, semakin bertambah besar daya geseran.



  • membolehkan objek bergerak tanpa gelincir. Daya geseran yang wujud antara tapak kaki dan lantai membolehkan kita berjalan. 

  • membolehkan sesuatu objek berhenti bergerak . Contohnya daya geseran antara brek dan tayar membolehkan pergerakan objek diperlahankan dan memberhentikannya,


  • menetapkan kedudukan objek pada sesuatu permukaan. Misalnya almari yang diletakkan dilantai tidak menggelongsor dan bergerak ke tempat lain dengan adanya daya geseran antara lantai dan almari.

  • membolehkan kita memegang sesuatu objek. Contohnya pensel yang dipegang tidak mudah terlepas kerana adanya daya geseran.

  • daya geseran juga boleh digunakan untuk menajamkan sesuatu objek seperti pisau, kapak dan sebagainya . Daya geseran menghauskan permukaan yang bergeser.

  • daya geseran juga boleh menghasilkan haba . haba tersebut membolehkan mancis, dan pemetik api dinyalakan.



  • Geseran memperlahankan gerakan objek. Ini menyebabkan perlunya lebih banyak daya digunakan unruk mengatasi geseran dalam membolehkan objek tersebut terus bergerak.
  • Geseran mengurangkan kecekapan mesin bergerak dengan terhasilnya haba yang berlebihan. Geseran menyebabkan bahagian enjin yeng bergeser menjadi panas, Ini boleh merosakkan enjin kenderaan .
  • Geseran  menghauskan permukaan yang bergesel seperti pemadam pensel, tapak kasut, enjin kenderaan.


  
                                 menggunakan alas bebola              menggunakan pengguling

   
                                        menggunakan gris                     menggunakan minyak pelincir




Hoverkraf



              Kusyen udara
              Contoh : Hoverkraf bergerak secara terapung (kusyen udara ) di atas pemukaan air . Ini 
              dapat   mengurangkan  daya geseran yang wujud antara permukaan air dan hoverkraf .
              Situasi ini juga membolehkan hoverkraf bergerak lebih laju.



              Bentuk aerodinamik
              Kenderaan yang bentuknya aerodinamik juga dapat membantu mengurangkan daya geseran.

             Penggunaan tepung asid borik
           




  • Corak /bunga di permukaan tayar/kasut dan sebagainya/
  • Penggunaan serbuk kapur magnesium karbonat untuk menguatkan cengkaman dalam mengangkat pemberat besi.
  • Penggunaan pelapik anti gelincir