Monday, December 16, 2019

CARA HAIWAN MELINDUNGI DIRI DARIPADA MUSUH



Sains Tahun 5
CARA HAIWAN MELINDUNGI DIRI DARIPADA MUSUH







Terdapat pelbagai jenis haiwan di dunia ini. Setiap haiwan mempunyai ciri-ciri khas dan tingkahlaku khas dalam melindungi diri daripada musuh. Ciri-ciri khas terdapat pada bahagian bawah atau permukaan badan haiwan. 

CIRI-CIRI KHAS YANG ADA PADA HAIWAN DALAM MELINDUNGI DIRI DARIPADA MUSUH 

1.  Mempunyai duri yang tajam

     Haiwan seperti ikan buntal , landak mempunyai  duri tajam yang digunakan apabila
     diancam bahaya. Ikan buntal akan mengembungkan badannya untuk menakutkan musuh . 
     Selapisan otot pada haiwan-haiwan ini akan bertindak mengawal pergerakan duri dan 
     durinya akan ditegakkan  apabila apabila dirinya terasa terancam. 


2.  Cangkerang keras

     Terdapat beberapa haiwan yang mempunyai cangkerang keras dalam melindungi 
     badannya  yang lembut. 
   

 
     Kura-kura                                              Armadillo 

      Penyu 


3.   Sisik keras
       Terdapat juga haiwan seperti buaya dan tenggiling yang mempunyai sisik keras dalam 
       melindungi diri daripada  musuh.  

4.   Tanduk
      Haiwan -haiwan seperti rusa, kerbau, lembu mempunyai tanduk yang tajam yang boleh 
      digunakannya untuk melindungi dirinya dari pemangsa dan juga pesaingnya. Haiwan-
       haiwan ini akan menyerang dan mencederakan musuhnya apabila dirinya diancam.

5     Bisa 
       Terdapat juga haiwan yang mempunyai sengat yang mengeluarkan racun berbisa . 
       Apabila haiwan ini terancam, ia akan menyengat musuh. Racun ini boleh menyakitkan, 
       melumpuhkan malah membunuh musuhnya. 

TINGKAH LAKU KHAS HAIWAN DALAM MELINDUNGI DIRI DARIPADA MUSUH

1. Memancutkan dakwat hitam
     Haiwan seperti sotong akan memancutkan dakwat hitam bagi mengelirukan musuh dan
     pemangsanya. Apabila dakwat hitam dipancutkan, ia dapat menghalang penglihatan
     musuhnya dan membolehkannya melarikan diri.

2.   Menggulungkan diri
      Terdapat beberapa jenis haiwan seperti tenggiling, ulat gonggok , armadillo dan lain-lain
      yang menggulungkan dirinya apabila dirinya terancam. Ia menjadi seperti bebola yang
      sukar dibuka oleh musuh dan pemangsanya.

3.   Menyamar
      Haiwan yang menyamar lazimnya mempunyai warna datau corak badan yang  hampir sama
      dengan alam sekelilingnya. Proses penyamaran ini menyukarkan haiwan-haiwan ini dikesan oleh
      musuh.

4.   Hidup dalam kumpulan

       Terdapat haiwan yang hidup secara berkumpulan di mana haiwan-haiwan  ini mencari makan,
       membina tempat perlindungan , serta melindungi diri bersama-sama. Contoh haiwan -haiwan
       yang hidup dalam kumpulan  ialah gajah, serigala, monyet, ikan bilis, anjing liar, singa dan
        sebagainya. Haiwan - haiwan hidup dalam kumpulan ini dapat melindungi ahlinya dan
        mengelakkan kemungkinan diserang musuh .

5   Memutuskan anggota badan.
     Terdapat haiwan contohnya  cicak dan kurita yang memutuskan anggota badan bagi melindungi
     diri . Cicak memutuskan ekornya bertujuan  mengelirukan musuh dan  menyelamatkan dirinya.
     Ekor cicak yang putus akan tumbuh kembali.